Mark (dua dari kanan) pada majlis memeterai perjanjian bersama penyewa.
Mark (dua dari kanan) pada majlis memeterai perjanjian bersama penyewa.

Kuala Lumpur: Leadmont Development Sdn Bhd, pemaju hartanah tempatan menganggarkan pelaburan RM3.6 bilion untuk pelbagai projek pembangunan di Malaysia yang dijangka bakal siap dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Projek berkenaan membabitkan pembangunan bercampur termasuk insfrastruktur perumahan dan pusat komersial di seluruh negara khususnya di Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Sementara itu, syarikat juga memperuntukkan RM1.6 bilion nilai pembangunan kasar (GDV) untuk projek Selayang StarCity yang juga menempatkan hotel Holiday Villa Hotels & Resort dijangka menjadi mercu tanda pembangunan baru bagi Selayang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mark KS Tung berkata, sebanyak RM400 juta diperuntukkan untuk pembangunan pusat beli-belah Selayang StarCity Mall di atas tanah seluas tujuh ekar dengan memuatkan lebih daripada 230 ruang sewaan, bakal siap pada pertengahan 2016.

“Kami melihat Selayang StarCity sebagai pusat beli-belah sehenti di Selayang yang mampu berkembang pesat berbanding di pusat bandar dengan jumlah penduduk 600,000 orang dalam kawasan lingkungan 15 minit perjalanan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 Mac 2015 @ 8:56 AM