Baru-baru ini, SS dimaklumkan seorang rakan mengenai kisah seorang artis wanita yang dengarnya sudah menjalin semula hubungan dengan bekas teman tapi mesranya.

Mengikut cerita disampaikan rakan SS, artis wanita itu sekarang didakwa sering meluangkan masa bersama teman tapi mesranya sekerap mungkin bila mana dia ada kelapangan waktu.

SS yang mendengar cerita itu agak terkejut juga kerana apa yang diketahui, teman tapi mesra kepada artis wanita terbabit khabarnya sudah pun bertemu pengganti baru.

Bahkan, artis wanita itu juga SS dapat tahu pun sudah bertemu kekasih baru. Ibaratnya, patah tumbuh dan hilang berganti.

Walau apapun ceritanya, SS hanya mampu tersenyum mendengar setiap versi disampaikan. Bukan apa, biasalah dunia dan kehidupan artis ini terlalu banyak ragamnya.

Sekiranya betul apa yang disampaikan rakan itu kepada SS, perkara paling bagus adalah bersangka baik. Lagipun, tiada salahnya hubungan dijalin atas dasar persahabatan.

Manalah tahu daripada teman tapi mesra dulu, berubah ke fasa persahabatan dan akhirnya ke jenjang pelamin. Bukan apa, masing-masing pun bukan muda lagi.

Ini pun SS sekadar memberi cadangan. Bagaimanapun, soal jodoh sudah tentulah ketentuan Tuhan. Kita manusia hanya mampu merancang.

SS: Tahniah kepada Fad Bocey sudah bergelar suami orang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:15 AM