Setahu SS pasangan artis ini pernah dikaitkan mempunyai hubungan istimewa. Namun, entah apa sebabnya hubungan dijalin itu seperti tidak ke mana.

Pun begitu, menurut cerita disampaikan seorang teman kepada SS artis yang aktif dalam lakonan itu sudah bertemu cinta baru. Bahkan, dengar­nya buah hati baru si artis bukan calang-calang individu.

Kehancuran cinta ditengah jalan artis itu nyata tidak begitu melukakannya apabila dia bertemu kekasih baru memiliki kerjaya hebat dan datang daripada keluarga berada.

Daripada cerita disampaikan, si kekasih artis itu khabarnya menceburi bidang kontraktor hartanah. Mendengar kisah itu, SS hanya mampu tumpang gembira.

Diharapkan apa yang SS dengar ini bukanlah khabar angin semata-mata. SS juga doakan semoga hubungan cinta artis itu dengan kekasih barunya berpanjangan hingga ke jenjang pelamin.

Bukan apa, artis ini setahu SS juga sudah beberapa kali putus cinta. Jadi, biarlah percintaannya kali ini berpanjangan dan bernoktah dengan pengakhiran yang baik.

Apapun, kalau sudah sampai seru nanti jangan pula perkara baik seperti naik pelamin itu dirahsiakan daripada media. Pada SS, perkara yang baik memang harus diuar-uarkan.

SS: Simpati dengan percintaan seorang selebriti yang tidak berpenghujung.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Oktober 2014 @ 5:00 AM