Oleh Rosliza Mohamed dan Siti Nadzirah Che Mud


Kota Bharu: Polis Kelantan menahan 14 suspek dan merampas pelbagai jenis dadah dan ketum bernilai RM108,595 dalam serbuan berasingan sejak 11 Mac hingga semalam.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mazlan lazim berkata, suspek ditahan berusia antara 20 hingga 45 tahun.

"Operasi oleh Unit Petugas Khas Narkotik Kelantan dijalankan di Kota Bharu, Kuala Krai, Pasir Puteh, Gua Musang dan Rantau Panjang.

"Antara dadah dirampas, heroin, pil kuda, syabu, ubat batuk dan daun ketum," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan, di sini.

Mazlan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A (2), 39A (1), 12 (2), 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Mac 2015 @ 2:53 PM