Kuala Lumpur: Syarikat penerbangan hibrid, Malindo Air akan memulakan perkhidmatan harian dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) ke Kota Bharu mulai Ahad ini.

Penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur pada jam 7 pagi dan tiba di Kota Bharu pada jam 7.55 pagi manakala penerbangan balik berlepas pada jam 8.45 pagi dan tiba pada jam 9.45 pagi.

“Perkhidmatan ini diwujudkan berikutan permintaan yang semakin meningkat untuk penerbangan ke ibu negeri Kelantan itu,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Tambang promosi bermula daripada RM69 sehala, termasuk peruntukan bagasi percuma seberat 15 kilogram serta minuman.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Oktober 2014 @ 5:05 AM