WAJAH berseri selepas mengenakan solekan.
WAJAH berseri selepas mengenakan solekan.
1. WAJAH sebelum disolek.
1. WAJAH sebelum disolek.
2. SAPU rata primer pada keseluruhan wajah.
2. SAPU rata primer pada keseluruhan wajah.
3. PILIH bedak asas sesuai dengan keadaan kulit.
3. PILIH bedak asas sesuai dengan keadaan kulit.
4. OLES bedak kompak pada wajah.
4. OLES bedak kompak pada wajah.
5. GUNAKAN bedak tabur untuk membantu memastikan mekap tahan lama.
5. GUNAKAN bedak tabur untuk membantu memastikan mekap tahan lama.
6. TONJOLKAN bentuk wajah sempurna melalui teknik pembayang.
6. TONJOLKAN bentuk wajah sempurna melalui teknik pembayang.
7. TAMBAH pemerah pipi untuk menyerikan wajah.
7. TAMBAH pemerah pipi untuk menyerikan wajah.
8. KOMBINASI pembayang mata rona coklat gelap dan merah jambu terang memberi kelainan.
8. KOMBINASI pembayang mata rona coklat gelap dan merah jambu terang memberi kelainan.
9. OLESAN rata celak di garisan bawah dan atas mata membantu menampilkan kesan mata galak.
9. OLESAN rata celak di garisan bawah dan atas mata membantu menampilkan kesan mata galak.
10. RATAKAN pembayang mata rona asas atau penyamar noda untuk menonjolkan tulang kening.
10. RATAKAN pembayang mata rona asas atau penyamar noda untuk menonjolkan tulang kening.
11. LUKIS bentuk kening menggunakan celak rona coklat.
11. LUKIS bentuk kening menggunakan celak rona coklat.
12. TAMBAH sedikit sapuan krim pengilat untuk menampilkan wajah yang bercahaya.
12. TAMBAH sedikit sapuan krim pengilat untuk menampilkan wajah yang bercahaya.
13. AKHIR sekali, sapu rata gincu rona ceria.
13. AKHIR sekali, sapu rata gincu rona ceria.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Solekan menarik dan sesuai dengan penampilan diri begitu dititikberatkan terutama apabila diri diraikan pada majlis istimewa seperti pernikahan dan persandingan.

Walaupun majlis pernikahan dilakukan secara sederhana dan kebiasaannya dihadiri ahli keluarga serta sahabat rapat, solekan juga perlu tampil sempurna.

Menurut jurusolek butik pengantin Farrah Riza Bridal, Farrah Lina Ramlan, mekap untuk majlis pernikahan biasanya lebih ringan berbanding waktu bersanding untuk menonjolkan penampilan semula jadi, apatah lagi kebanyakan bakal pengantin lebih sukakan mekap sederhana.

“Mekap tidak terlalu tebal namun banyak memberi fokus di bahagian mata untuk solekan majlis pernikahan. Sebelum memulakan solekan, seluruh kulit wajah akan disapu rata dengan ais bagi membantu mengecilkan liang pori, memastikan mekap tahan lama dan memberikan kesan segar pada muka.

“Ais digunakan lebih lama di bahagian mata bagi mengurangkan kesan gelap bawah mata selain membantu ia tampil segar dan bersinar.

“Selepas itu, baru kita gunakan pelembap dan primer yang mempunyai fungsi sama dengan ais iaitu untuk membantu memastikan solekan kekal lama,” katanya.

Selepas itu, langkah solekan sama dimulakan iaitu dengan menggunakan bedak asas jenis cecair pada keseluruhan wajah menggunakan berus sesuai.

Bedak asas jenis cecair dikatakan lebih sesuai digunakan untuk majlis pernikahan kerana ia lebih ringan untuk menampilkan wajah yang kelihatan semula jadi dan manis.

Namun, bagi individu yang memiliki jerawat pada wajah, bedak asas jenis batang (stick foundation) lebih sesuai kerana ia bersifat lebih tebal untuk menutup cela di muka.

Selepas menyapu rata wajah dengan bedak asas, bedak kompak dan bedak tabur, beri perhatian pada bahagian mata. Untuk menampilkan solekan yang senada dengan warna persalinan pengantin, lebih selamat gunakan pembayang mata rona bumi seperti coklat.

“Selain mata, gincu juga memainkan peranan penting untuk menonjol­kan penampilan anggun dan sempurna di hadapan tetamu tatkala meraikan hari istimewa merpati dua sejoli.

“Elak daripada menggunakan gincu rona terang jika kita memiliki barisan gigi yang tidak rata atau jongang untuk menutup kekurangan.

“Sebaliknya, pilih rona yang lebih semula jadi atau lembut untuk menampilkan wajah sempurna. Selain itu, solekan menaikkan tulang pipi dan memancungkan hidung menerusi teknik pembayang (shading) perlu dilakukan bagi memastikan wajah tampak terletak,” katanya.

Farrah Lina yang mula menerima tempahan solekan sejak 2010 turut menasihatkan setiap bakal pengantin supaya mengenakan mekap sesuai dengan warna persalinan untuk mengelakkan penampilan tampak pelik.

Kebiasaannya, bagi menampilkan solekan yang senada dengan warna pakaian, bahagian mata dan bibir sangat penting dengan memilih gincu serta pembayang mata rona sesuai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Februari 2015 @ 11:23 AM