Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memungut hasil lebih RM35 bilion sepanjang tahun lalu.

Ketua Pengarah Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, ia adalah peningkatan 5.8 peratus atau RM2.07 bilion berbanding pungutan hasil pada 2013.

"Ia hampir mencapai sasaran kita sebanyak 98 peratus bagi pungutan hasil tahun lalu," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-33 di sini, hari ini.

Majlis dirasmikan Menteri Kewangan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 January 2015 @ 11:44 AM