BAGI mencipta suasana selesa, ambil kira pelbagai aspek.
BAGI mencipta suasana selesa, ambil kira pelbagai aspek.
PASTIKAN ruang dapur terang dan kering.
PASTIKAN ruang dapur terang dan kering.

Rata-rata memilih konsep moden dan kontemporari sebagai dekorasi di ruang dapur kerana ia menyerlah keunikan tersendiri, kemas dan menarik.

Dalam keterujaan menzahirkan konsep berkenaan pastikan keperluan dan elemen lain juga diberi keutamaan supaya ruang berkenaan lebih sempurna.

Langsir

Bagi yang ingin mengubah suasana ruang dapur, menukar langsir baru adalah satu caranya.

Langsir lama disimpan atau mungkin boleh dipasang pada ruang berbeza.

Dalam memilih langsir paling sesuai untuk ruang dapur, kepekaan terhadap beberapa aspek amat penting.

Ini kerana fungsi dan aktiviti di dapur berbeza dan memerlukan perhatian teliti ketika menghias kediaman.

Langsir dapur lebih terdedah dengan haba atau panas berbanding ruang lain.

Pada masa sama, langsir dapur sepatutnya membenarkan cahaya matahari masuk untuk menambah kecantikan dapur anda secara semula jadi.

Langsir tebal hanya menghalang cahaya, menjadikan suasana dapur gelap dan tidak sesuai untuk memasak.

Jadi, elakkan daripada mengganggu laluan cahaya memasuki ruang dapu

Pastikan langsir tidak terlalu jarang atau nipis hingga orang di luar boleh nampak dengan mudah.

Penggunaan langsir nipis dan ringan membolehkan bau masakan tersebar keluar melalui tingkap.

Langsir dapur juga sepatutnya mudah untuk dicuci dan dijaga. Adakalanya hanya perlu dikibas untuk membuang debu.

Ketika memasang langsir, pastikan jaraknya selamat daripada api dapur yang mungkin boleh mendatangkan perkara tidak diingini.

Jika terlalu hampir dengan dapur masak, mungkin idea anda kurang sesuai sebab langsir lebih mudah menyerap lembapan terutama wap daripada masakan.

Bidai

Penggunaan bidai kian popular kerana menjadi alternatif selain langsir. Jumlah cahaya yang masuk melalui tingkap juga boleh dikawal jika menggunakan bidai.

Berikut beberapa panduan pemilihan bidai terbaik bergantung kepada faktor kegunaan khususnya ruang dapur.

Bagi ruang dapur kering, bidai jenis fabrik atau Roman digalakkan.

Ia sesuai kerana ruang itu bukan tempat memasak dan kurang kecenderungan untuk kotor atau berminyak.

Malah, penggunaan bidai Roman dicadangkan kerana ia mudah ditukar, jika bosan dengan reka bentuk sedia ada.

Dapur basah pula berfungsi sebagai ruang melakukan aktiviti mencuci, memasak dan menyediakan makanan.

Pengguna bidai 'roller' jenis PVC lebih sesuai supaya senang dibersihkan dan diselenggara.

Bidai gulung atau roller blind sesuai untuk anda yang inginkan privasi sepenuhnya atau melindungi perabot daripada kusam terkena cahaya matahari.

Dapur bersih

Berikut beberapa langkah yang perlu dilakukan untuk merawat ruang dapur supaya kekal bersih:

- Kerap membersihkan dapur memasak

- Membersihkan alatan memasak selepas digunakan

- Membersihkan bekas menyimpan ramuan masakan secara berkala

- Membersihkan ruang kabinet dapur

- Pastikan ruang dapur mempunyai cahaya secukupnya dan kering

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 January 2015 @ 5:05 AM