Manila: Pakar seismologi Filipina berkata, suatu gempa bumi sekuat 6 magnitud menggegarkan Manila semalam dan mengejutkan penduduk setempat ketika tidur.

Tiada sebarang laporan mengenai kerosakan atau kecederaan diterima.

Pegawai Institut Seismologi Filipina, Renato Solidum berkata, gegaran sebelum subuh itu berpusat di bawah laut kira-kira 43 kilometer di barat daya bandar San Antonio, wilayah Zambales.

“Ia berlaku jauh di dasar laut untuk menyebabkan kerosakan besar,” katanya.

Kata Solidum, gegaran turut dirasai di Pulau Luzon.

Kepulauan Filipina terletak pada Lingkaran Api Pasifik yang sering mencatatkan aktiviti gempa bumi serta gunung berapi. - AP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:22 AM