WARGA laman sosial terdiri daripada wanita turut membantu mangsa banjir. FOTO ihsan pembaca.
WARGA laman sosial terdiri daripada wanita turut membantu mangsa banjir. FOTO ihsan pembaca.
DUA penuntut IPTS dari Syria turut turun padang membantu mangsa banjir. FOTO ihsan pembaca.
DUA penuntut IPTS dari Syria turut turun padang membantu mangsa banjir. FOTO ihsan pembaca.
GOLONGAN muda tidak ketinggalan membantu membersihkan lumpur di rumah penduduk kampung. FOTO ihsan pembaca
GOLONGAN muda tidak ketinggalan membantu membersihkan lumpur di rumah penduduk kampung. FOTO ihsan pembaca
ANTARA sukarelawan yang membantu membersihkan lumpur di rumah penduduk kampung. FOTO ihsan pembaca
ANTARA sukarelawan yang membantu membersihkan lumpur di rumah penduduk kampung. FOTO ihsan pembaca
KUMPULAN Mysinarkasih bergambar kenangan selepas selesai membantu empat kampung di Temerloh. FOTO ihsan pembaca
KUMPULAN Mysinarkasih bergambar kenangan selepas selesai membantu empat kampung di Temerloh. FOTO ihsan pembaca
Oleh Afiq Hanif

Temerloh: Lebih 100 sukarelawan termasuk dua warga Syria menyertai Pertubuhan Belia Sinar Kasih Petaling (Mysinarkasih) yang menganjurkan misi bantuan termasuk membersihkan empat kampung yang terjejas akibat banjir teruk baru-baru ini.

Sukarelawan yang dikumpulkan dalam tempoh seminggu melalui laman sosial Twitter terbabit berjaya menarik minat golongan muda termasuk dua pelajar kolej swasta yang berasal dari Syria.

Empat kampung yang dibantu ialah Kampung Berhala Gantang, Kampung Bangau, Kampung Sanggang Seberang dan Kampung Teluk Ira.

Penyelaras Program, Masyhur Abdullah, 28, berkata, rata-rata peserta program datang dari kawasan bandar dan baru pertama kali menyertai program kebajikan.

"Kami cuba untuk membantu sedaya mungkin supaya orang kampung dapat kembali kepada aktiviti harian mereka secepat mungkin," katanya

Mysinarkasih turut dibantu oleh Angkatan Bahaman sepanjang misi di sana.

Mysinarkasih iaitu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ditubuhkan pada 2010 dengan objektif mengumpulkan belia menyertai aktiviti berbentuk kemasyarakatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 6:22 PM