ZURIYATI (kiri) bersama kakitangannya menunjukkan produk LeVea.
ZURIYATI (kiri) bersama kakitangannya menunjukkan produk LeVea.
Essa Abu Yamin


Batu Pahat: LeVea Resources, pengeluar produk susu kambing LeVea yakin mampu menjana pendapatan sehingga RM3 juta menjelang akhir tahun ini bersandarkan jualan lebih RM50,000 sebulan produk susu kambing keluarannya yang mendapat sambutan baik pengguna sejak diperkenalkan sebulan lalu.

Pemilik merangkap Pengarah Urusan LeVea Resources Zuriyati Mohd Sahak berkata, pengguna kini semakin menyedari kepentingan susu kambing yang mengandungi khasiat tersendiri yang baik untuk kesihatan.

Beliau berkata, syarikatnya melaksanakan pemasaran strategik bersama lebih 100 ejen di seluruh negara dan menjalin perkongsian bijak bersama pembekal dari Belanda bagi meningkatkan pemasaran kepada pengguna di negara ini.

“Bagi mengembangkan lagi jualan produk di pasaran tempatan, kami menembusi farmasi di seluruh negara selain turut mempunyai kilang sendiri bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) di Nilai, Negeri Sembilan,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, LeVea Resources mempelawa usahawan Bumiputera terutama wanita untuk menjadi stokis dengan mengunjungi laman web di alamat, www.levea.com.
my atau Facebook leveaofficial.

Beliau berkata, bagi memantapkan lagi kualiti produk, pelbagai proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) produk dijalankan dalam usaha memastikan keberkesanan produk menerusi pelbagai penambahbaikan dari semasa ke semasa.

“Kajian saintifik oleh pakar pemakanan kami menunjukkan kelebihan susu kambing yang baik untuk kesihatan.

“Lebih menarik, susu kambing LeVea diolah dalam bentuk serbuk dan mengandungi kalsium serta protein tinggi dengan laktosa lebih rendah dan sangat baik untuk proses penghadaman,” katanya.

Menurutnya, rumusan bahan terpilih seperti Almanna atau gam Arab, Ginko Bilora dan beberapa lagi sumber makanan sunah dipercayai dapat membantu memberi khasiat dengan rasa susu yang istimewa untuk sisi keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Mei 2017 @ 5:12 AM