PRODUK Savon De Bali.
PRODUK Savon De Bali.
Oleh Syarifah Dayana Syed Bakri

Kuala Lumpur: Snif Sdn Bhd, syarikat tempatan memperkenalkan rangkaian produk kecantikan dikenali sebagai Savon de Bali yang dihasilkan secara tradisional dengan 100 peratus bahan semula jadi.

Pegawai Perhubungan Awamnya, Nur Atieqah Azman berkata, buat masa ini pihaknya mengetengahkan 10 produk yang menampilkan khasiat dan fungsi berbeza.

“Semua sabun yang diperkenalkan mempunyai khasiat berbeza memandangkan kandungan asasnya berlainan antara satu sama lain walaupun menggunakan bahan utama yang sama iaitu minyak kelapa.

“Namun, ia ditambah dengan beberapa bahan semula jadi lain bagi memberi kesan optimum kepada pengguna bersesuaian dengan masalah kulit yang dihadapi,” katanya.

Menurutnya, produk berkenaan dihasilkan untuk kegunaan pada kulit wajah dan badan, malah ia boleh digunakan bersama produk daripada jenama lain dan diyakini tidak akan mendatangkan kesan sampingan.

“Untuk sabun wajah, kami memperkenalkan ekstrak teh hijau, madu, kopi, betik, aloe vera, serai dan arang. Untuk penjagaan kulit badan, pengguna boleh menggunakan lulur susu kambing, beras dan kopi bagi memberi kesan yang lebih baik,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Mac 2015 @ 7:54 AM