RUHAINIES. FOTO Aswadi Alias
RUHAINIES. FOTO Aswadi Alias
Ramlah Zainal


Bersandarkan bakat dan pakej lengkap, nama pelakon yang sedang meningkat naik, Ruhainies terus meniti di bibir peminat persada hiburan tanah air. Malah, tawaran berlakon terus mencurah selepas hampir dua tahun berkecimpung dalam bidang seni tanah air.

Bukan saja tawaran berlakon, Ruhainies juga laris dilantik sebagai duta, jurucakap dan menjayakan kempen beberapa produk kecantikan. Secara peribadi pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 25, ini mengakui bersyukur kerana kehadirannya di terima peminat.

“Alhamdulillah, rezeki berlakon tidak pernah putus. Saya baru selesai penggambaran drama Menantu Bilal yang akan disiarkan Ramadan nanti. Menyusul selepas itu, saya akan terbabit dengan projek drama dan telefilem yang membabitkan penggambaran di London dan Paris iaitu drama bersiri 13 episod, Kelip Kelip dan Cikgu Dina Pakai Prada Ke Paris.

“Telefilem Cikgu Dina Pakai Prada Ke Paris terbitan Zeel Production itu sambungan daripada telefilem yang mendapat sambutan hangat penonton ketika disiarkan di TV sebelum ini,” katanya.

Apa yang memberangsangkan, impian Ruhainies untuk melakonkan watak berat kesampaian menerusi telefilem Jasmin untuk slot Cerekarama di TV3. Menerusi telefilem itu, Ruhainies akan bergandingan dengan Azrel Ismail selaku teraju utama cerita itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mei 2017 @ 6:14 AM