MANGSA terbaring menunggu ambulans selepas diselamat rakan. Gambar kecil, keadaan tangan mangsa yang hampir putus disambar buaya. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
MANGSA terbaring menunggu ambulans selepas diselamat rakan. Gambar kecil, keadaan tangan mangsa yang hampir putus disambar buaya. FOTO Hazsyah Abdul Rahman
Hazsyah Abdul Rahman


Kinabatangan: Seorang pekerja ladang sawit warga Filipina parah selepas tangan kirinya hampir putus disambar buaya ketika membersihkan tangan dan kakinya di Sungai Resang, Sukau, dekat sini, jam 5.30 petang, Khamis lalu.

Midzfar Aksan Tiplahan, 21, yang bekerja sebagai penyabit buah sawit turut luka di kaki kanan akibat dicakar reptilia terbabit.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuga berkata, selepas menerima maklumat berkenaan, kakitangan JHL Kinabatangan dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan.

“Kejadian berlaku di hulu Sungai Resang. Sebelum itu, mangsa mengambil kangkung bersama rakan sekerja dan ketika dia membersihkan tangan dan kakinya di atas kayu di tepi sungai, dia disambar buaya sebelum diheret ke dalam sungai.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2017 @ 6:55 AM