Buaya sepanjang tiga meter yang muncul di Taman Agrotek Kampung Pandan, Lundu sebelum ditangkap anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Buaya sepanjang tiga meter yang muncul di Taman Agrotek Kampung Pandan, Lundu sebelum ditangkap anggota bomba. FOTO ihsan bomba
Alif Amal Azahari


Lundu: Pengunjung Taman Agrotek Kampung Pandan di sini, dikejutkan dengan kehadiran seekor buaya sepanjang tiga meter yang dilihat berkeliaran di taman itu, jam 10.35 pagi hari ini.

Orang awam yang cemas dengan kehadiran buaya berkenaan segera menghubungi pasukan Bomba Dan Penyelamat bagi membolehkan reptilia itu ditangkap.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Dan Penyelamat Lundu digerakkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kemunculan buaya berkenaan.

“€œSebaik tiba di lokasi jam 10.45 pagi, anggota bomba berusaha menangkap buaya berkenaan. Kami mengambil masa lebih 40 minit untuk menangkap haiwan itu.

“€œSelepas menangkapnya, buaya berkenaan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2017 @ 6:41 PM