Rumah yang didiami sejak 30 tahun lalu musnah sekelip mata. FOTO ihsan bomba
Rumah yang didiami sejak 30 tahun lalu musnah sekelip mata. FOTO ihsan bomba
Abd Rahman Adam

Lundu: Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah didiami sejak 30 tahun lalu di Kampung Pasir Hilir, di sini, musnah dalam kebakaran malam tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 9.30 malam, ketika semua penghuninya tiada di rumah dipercayai melawat saudara di kampung berhampiran.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, sebuah jentera bersama lima anggota ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.51 malam.

Katanya, sebaik tiba, keseluruhan rumah musnah terbakar.

"Pemilik rumah terbabit sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu dan siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca dan jumlah kerugian sebenar,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 31 Mei 2015 @ 1:39 AM