ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bersama penduduk membantu Anis  untuk dipindahkan ke tempat selamat. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA Bomba dan Penyelamat bersama penduduk membantu Anis untuk dipindahkan ke tempat selamat. FOTO ihsan Bomba
Oleh Alias Abd Rani dan Nurul Hidayah Bahaudin

Lundu: Seorang wanita sarat mengandung terpaksa menahan kesakitan sebelum diselamat pasukan Bomba dan Penyelamat Zon 1 Kuching, kerana kediamannya dinaiki air.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Zon 1 Kuching, Tawang Lingem berkata, sebaik tiba di lokasi, Anis Jimas, 25, kelihatan sedang duduk di tangga dan menahan kesakitan.

Menurut Tawang, dia bersama tiga anggota tiba di lokasi pada 1.15 petang sebelum memapah wanita itu ke simpang utama jalan di kampung berkenaan untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Sebaik tiba di simpang itu, doktor memberitahu wanita hanya bila-bila masa saja bakal melahirkan anak,” katanya.

Tawang berkata, bayi dan wanita itu sihat sebelum dibawa ke Hospital Lundu untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Februari 2015 @ 7:21 PM