ANTARA cosplayer yang memeriahkan acara.
ANTARA cosplayer yang memeriahkan acara.
TERDAPAT aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah.
TERDAPAT aktiviti sampingan seperti cabutan bertuah.
KLH julang trofi kemenangan kali ke-4.
KLH julang trofi kemenangan kali ke-4.
DUA pasukan hebat League of Legends rai kemenangan.
DUA pasukan hebat League of Legends rai kemenangan.
Hazril Md Nor


Selain Dota 2, FIFA 17 dan Counter Strike: Global Offensive, permainan maya digilai ramai, League of Legends turut mendapat perhatian anak muda.

Buktinya, baru-baru ini kejohanan The Legends Circuit disertai 165 pasukan daripada sembilan negeri sejak November lalu dengan hadiah wang tunai keseluruhan RM150,000.

Ini termasuk Selangor, Johor, Terengganu, Perak, Kelantan, Sabah, Pulau Pinang, Pahang dan Kuala Lumpur. Setiap pasukan bertanding di peringkat daerah dan kemudian negeri untuk layak ke pusingan akhir yang dianjurkan di Prangin Mall, Pulau Pinang.

KLH muncul juara

Pasukan pilihan, Kuala Lumpur Hunters (KLH) mengungguli emas dengan kemenangan bersih 3-0 ke atas pasukan tempatan, Swestic dalam kejohanan akhir itu.

Di bawah pengendalian pengurus pasukan KLH, Luqman Abdullah, skuad yang dianggotai Adrian Lee, Eric Sia Sze Pin, Chan Roonghan, Adrian Leng, Ramsay Devaraj dan Joseph Lim itu berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM40,000.

Eric yang juga dikenali Qaspiel mendapat anugerah Most Valuable Player (MVP) selepas mempamerkan prestasi mengagumkan pada pusingan akhir dengan peranannya sebagai ‘jungler’.

Dengan kemenangan itu, KLH seterusnya mengalihkan perhatian mereka kepada kejohanan lebih besar iaitu Garena Premier League 2017 (GPL) yang membabitkan negara di rantau Asia Tenggara.

Ini termasuk Malaysia, Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Vietnam.

Pesuruhjaya Garena Esports dan TLC, Dickson Lee berkata, Malaysia berpotensi melahirkan bakat yang boleh bersaing di peringkat antarabangsa.

“Melihat kepada prestasi KLH dan Swestic, Malaysia sudah bersedia untuk menghantar wakil ke luar negara.

“Tidak lama lagi kita akan menyaksikan persaingan sengit seperti ini dalam kejohanan GPL 2017 yang seterusnya membawa kepada kejohanan utama iaitu World Championships,” katanya.

Katanya, dia percaya KLH dan Swestic mampu menjadi inspirasi kepada lebih ramai bakat muda untuk menceburi bidang ini dan seterusnya mencipta fenomena dalam industri.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2017 @ 1:22 PM