OPERASI mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. FOTO ihsan Bomba
OPERASI mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan. FOTO ihsan Bomba
Muhamad Izzat Nasuruden


Teluk Intan: Lelaki warga emas dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjun dari Jambatan Batu Lima, Sungai Perak di sini, semalam.

Dalam kejadian 12.15 tengah hari itu, mangsa, Shoong Foo Loong, 79, dipercayai berada di kawasan jambatan berkenaan sebelum terjun dari jambatan itu.

Ketua Operasi dari Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan, Penolong Penguasa Bomba, Zulkafle Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak mengenai kejadian itu.

Katanya, anggota bomba yang tiba kemudiannya menjalankan operasi mencari dan menyelamat namun sehingga tengah hari tadi mangsa belum ditemui.

"Selain polis, turut membantu operasi ialah Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan beberapa agensi lain manakala sebanyak empat bot digunakan untuk operasi ini.

"Kawasan pencarian juga sudah diluaskan sehingga 4.5 kilometer menghala ke Sungai Dulang dari lokasi mangsa dipercayai terjatuh," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Mac 2017 @ 3:16 PM