GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rosliza Mohamed


Kota Bharu: Lelaki yang disyaki mengetuk bapanya dengan batu hingga mati ditahan reman tujuh hari sehinga 22 Mac.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, perintah tahanan reman itu bermula hari ini.

"Lelaki berusia 22 tahun ini dipercayai sudah menghidap sakit mental selama sembilan bulan namun tidak dibawa mendapatkan rawatan hospital.

"Keluarga sebaliknya menghantarnya untuk rawatan tradisional. Kita tahannya untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu berlaku di rumah mereka di Kampung Banggol Jenerih, Tanah Merah pada 4 pagi semalam dan mangsa berusia 62 tahun dihantar ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk rawatan.

"Mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian (HUSM) namun disahkan meninggal dunia 11 malam tadi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Mac 2017 @ 3:57 PM