ANTARA kawasan yang dinaiki air di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat, kelmarin. FOTO Ahmad Ismail
ANTARA kawasan yang dinaiki air di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat, kelmarin. FOTO Ahmad Ismail
Mohd Sabran Md Sani


Segamat: Jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah ini menurun lagi kepada 33 orang daripada tujuh keluarga setakat 12 tengah hari berbanding 78 mangsa daripda 19 keluarga, 8 pagi tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar, Datuk Ayub Rahmat berkata, mereka ditempatkan di dua PPS iaitu di Balairaya Batu Badak dan Sekolah Kebangsan (SK) Spang Loi di Segamat.

"Lima keluarga membabitkan 23 mangsa yang terjejas di Kampung Seberang Batu Badak, Jementah.

"Manakala sepuluh mangsa daripada dua keluarga pula dari kawasan terjejas di Kampung Spang Loi, Buluh Kasap," katanya.

Sementara itu, laluan Felda Redong-Felda Selancar yang ditutup bagi semua jenis kenderaan akibat tanah runtuh masih belum dibuka.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Mac 2017 @ 1:45 PM