GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
BERNAMA

Johor Bahru: Jumlah penduduk terjejas akibat banjir di Segamat kekal 35 orang daripada lapan keluarga setakat 8 pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata, kesemua mereka dari Kampung Seberang Batu Badak dan Kampung Spang Loi itu ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara.

"Seramai 25 orang daripada enam keluarga ditempatkan di Balai Raya Batu Badak manakala 10 orang daripada dua keluarga di Sekolah Kebangsaan Spang Loi," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu Ayub berkata laluan Felda Redong-Felda Selancar di Segamat masih ditutup bagi semua jenis kenderaan akibat tanah runtuh Jumaat lepas.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Mac 2017 @ 9:45 AM