Klopp ceria Liverpool menang di Anfield. FOTO AGENSI
Klopp ceria Liverpool menang di Anfield. FOTO AGENSI
Reuters

London: Liverpool mengakhiri perjalanan ‘roller coaster’ dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) dan berada pada laluan tepat menurut pengurus Juergen Klopp selepas skuadnya mengenepikan lawan Top 4, Arsenal menerusi kejayaan 3-1 malam tadi.

Skuad Reds berada dalam keadaan tidak menentu sejak beberapa bulan lalu biarpun memiliki jentera serangan menarik dalam saingan separuh musim tetapi tercicir daripada perebutan gelaran liga sejak Tahun Baru.

Dengan hanya dua kemenangan pada 2017 yang mungkin menamatkan peluang realistik tetapi kemenangan ke atas Arsenal memberi kebimbangan terhadap empat pencabar utama liga.

Liverpool melonjak mengatasi Arsenal di tangga ketiga yang kini dalam persaingan untuk berada di belakang Chelsea. Hanya empat mata memisahkan pasukan tangga kedua Tottenham Hotspur dengan Manchester United di tempat keenam EPL.

Kuartet serangan Liverpool - Philippe Coutinho, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Adam Lallana bergerak lancar menembusi benteng kelab London utara itu di Anfield.

"Kita tidak seharusnya lupa kami mampu melakukan perkara seperti itu seperti apa kami lakukan malam ini dan kami akan terus memperkemaskannya," kata Klopp.

"Ia jelas sekali kita tidak perlu melupakan kami bermain dengan baik pada awal musim. Saya berkata kepada pemain saya kita melalui frasa turun naik ‘roller coaster’ dalam liga - tidak menentu tetapi apa pasti kita menuju ke atas”.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 1:56 PM