ANGGOTA bomba membuat siasatan di lokasi kejadian. FOTO AP
ANGGOTA bomba membuat siasatan di lokasi kejadian. FOTO AP
AP

Methuen (Amerika Syarikat): Juruterbang maut selepas pesawat ringan terhempas ke bangunan kondominium ketika cubaan mendarat di lapangan terbang di sini.

Juruterbang pesawat dikenal pasti sebagai bekas ahli majlis perbandaran dan Datuk Bandar Newburyport, Al Lavender, kata polis.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan penghuni bangunan yang terletak berhampiran Lapangan Terbang Perbandaran Newport.

Menurut jurucakap Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), pesawat buatan sendiri itu sedang mendarat apabila ia terhempas.

Tidak ramai pendudik berada di bangunan kondominium itu ketika kejadian kira-kira 1 tengah hari Isnin (2 pagi Selasa waktu Malaysia), kata Leftenan Stephen Smith.

Siaran televisyen menunjukkan ekor pesawat terkeluar dari bumbung bangunan itu.

Saksi, Keith Lontine berkata, pesawat itu terjunam dari langit.

"Ia tiba-tiba menjunam dan terhempas ke bangunan itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2017 @ 7:50 AM