KEADAAN pesawat berkenaan. FOTO Agensi
KEADAAN pesawat berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Jakarta: Sebuah pesawat kargo terhempas di Puncak, wilayah Papua, timur Indonesia pada Isnin dan mengorbankan juruterbangnya.

Pembantu juruterbang pula mengalami kecederaan, menurut jurucakap Kementerian Pengangkutan Indonesia Adita Irawati.

Kejadian berlaku ketika pesawat kargo kecil dikendalikan PR Smart Cakrawala Aviasi mahu mendarat di Lapangan Terbang Aminggaru.

"Juruterbang maut ketika dalam perjalanan menuju klinik kesihatan untuk rawatan lanjut, manakala pembantunya cedera," katanya.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Timika di daerah Mimika.

Jawatankuasa Keselamatan Pengangkutan Indonesia akan menjalankan siasatan lanjut nahas berkenaan.

Buat masa ini Lapangan Terbang Aminggaru ditutup sementara waktu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 3:46 PM