Abdul Rahman Abbas (tengah) menyerahkan cenderamata kepada Faiz. FOTO HM/DANIAL SAAD
Abdul Rahman Abbas (tengah) menyerahkan cenderamata kepada Faiz. FOTO HM/DANIAL SAAD
Rudy Syareme Sheriffudin


Georgetown: Pemenang Anugerah Puskas FIFA 2016 dan pemain tengah Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri menerima cenderamata khas dari Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas dalam Majlis Jamuan Teh di Anjung Mutiara, di sini, hari ini.

Majlis bermula jam 4.30 petang itu turut dihadiri Toh Puan Majimor Shariff dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng serta Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Hadir sama, Presiden Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG), Tan Sri Mohd Yusoff Latif dan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP), Zairil Khir Johari serta isteri Mohd Faiz, Norzawanis Hashim.

Majlis itu bagi meraikan anak kelahiran Air Itam, Kedah yang berjaya memenangi anugerah gol tercantik yang mendapat pengiktirafan dunia selain mengharumkan nama negara.

Dalam majlis itu, PEMENANG turut menyampaikan satu plak khas kepada Mohd Faiz di atas pencapaian cemerlang pemain tengah Pulau Pinang itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 6:08 PM