2. RUANG solat di Muzium Masjid Sultan Abdullah yang tersusun rapi.3. PENGUNJUNG boleh mencari maklumat tambahan dan permainan mengujakan menerusi Multi Table Touch Screen yang disediakan.4. Ipad disediakan di kedua-dua muzium untuk membantu pengunjung mendapatkan maklumat mengenai barang yang dipamerkan.5. PENGUNJUNG melihat pameran di Muzium Sultan Abu Bakar.
2. RUANG solat di Muzium Masjid Sultan Abdullah yang tersusun rapi.3. PENGUNJUNG boleh mencari maklumat tambahan dan permainan mengujakan menerusi Multi Table Touch Screen yang disediakan.4. Ipad disediakan di kedua-dua muzium untuk membantu pengunjung mendapatkan maklumat mengenai barang yang dipamerkan.5. PENGUNJUNG melihat pameran di Muzium Sultan Abu Bakar.
2. RUANG solat di Muzium Masjid Sultan Abdullah yang tersusun rapi.3. PENGUNJUNG boleh mencari maklumat tambahan dan permainan mengujakan menerusi Multi Table Touch Screen yang disediakan.
2. RUANG solat di Muzium Masjid Sultan Abdullah yang tersusun rapi.3. PENGUNJUNG boleh mencari maklumat tambahan dan permainan mengujakan menerusi Multi Table Touch Screen yang disediakan.
PENGUNJUNG boleh mencari maklumat tambahan dan permainan mengujakan menerusi Multi Table Touch Screen yang disediakan.
PENGUNJUNG boleh mencari maklumat tambahan dan permainan mengujakan menerusi Multi Table Touch Screen yang disediakan.
RUANG solat di Muzium Masjid Sultan Abdullah yang tersusun rapi.
RUANG solat di Muzium Masjid Sultan Abdullah yang tersusun rapi.
Suliati Asri


‘Taj Mahal Pekan.’ Mungkin tidak keterlaluan andai gelaran itu diberikan.

Mana tidaknya, warnanya putih, struktur binaannya yang unik dan kolam air di pekarangan masjid membuatkan ia kelihatan seperti klon kepada salah satu keajaiban dunia, Taj Mahal.

Turut dikenali sebagai Masjid Putih, melangkah masuk ke dalam muzium ini membuatkan penulis terpukau dengan keindahan seni binanya dengan reka bentuk ‘Moorish.’

Tiang berukir di dalam muzium ini secara tidak langsung menjadi pembahagi yang menarik bagi setiap ruang.

Menjadi masjid ketiga terawal di bandar Pekan, Pahang dan dibina di atas tapak masjid lama di Kuala Sungai Parit, ia dibina pada awal 1929 dan siap sepenuhnya pada 1931.

Dulunya, Muzium Masjid Sultan Abdullah berfungsi sebagai masjid utama bagi penduduk Pekan menunaikan sembahyang Jumaat dan segala aktiviti agama Islam pada masa itu.

Pada 22 April 1997 Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang kali ke-134 memutuskan supaya masjid ini diserahkan kepada pihak Muzium Negeri Pahang untuk dijadikan muzium Islam.

Muzium Masjid Sultan Abdullah kemudian dibaik pulih dan mula dibuka kepada orang ramai pada 21 Oktober 2016.

Berkonsepkan muzium dalam taman, ia mengandungi pelbagai komponen seperti ruang pameran, ruang solat, ruang diskusi dan ilmiah.

Tiga segmen utama diketengahkan iaitu Sumbangan Islam dalam Tamadun Dunia, Islam di Pahang dan Koleksi Diraja.

Menerusi tiga segmen itu, pengunjung dapat melihat sumbangan Islam dalam tamadun dunia yang pelbagai termasuk alat muzik. Ia diikuti dengan sejarah perkembangan Islam di Pahang dengan penemuan Batu Nisan Permatang Pasir yang menandakan kedatangan Islam di Pahang.

Menarik mengenai batu nisan yang bertarikh 419 Hijrah bersamaan 1028 Masihi, ia bukan sekadar batu nisan malah ia juga membuka ruang perbincangan berkaitan sejarah awal kedatangan Islam di alam Melayu.

Merujuk kepada tarikh yang tercatat pada epigrafi yang dijumpai di Kampung Permatang ini, iaitu Rabu 14 Rabi’ 419H, sekali gus membuktikan batu nisan ini jauh lebih lama daripada Batu Bersurat Terengganu (702H), wang emas (dinar) lama Kelantan (577H).

Begitu juga dengan timba tembaga yang dipercayai digunakan di surau atau masjid selain dikaitkan dengan penempatan Islam di negeri itu.

Uniknya, pada timba ini tertera tulisan timbul tahun 707 Hijrah (1308 Masihi). Terdapat kesan haus di bahagian tepi badan artifak itu yang dipercayai disebabkan fungsinya sebagai alat untuk mengambil air di dalam perigi.

Dalam segmen Koleksi Diraja, terdapat manuskrip al-Quran pada zaman Khalifah Saidina Uthman Affan.

Terdapat manuskrip Hukum Kanun Pahang yang juga adalah satu-satunya undang-undang Islam yang pernah dilaksanakan di negeri itu ketika Sultan Abdul Ghaffur memerintah.

Berkonsepkan interaktif, Muzium Masjid Sultan Abdullah ini juga dilengkapi dengan ‘Multi Table Touch Screen’ bagi membolehkan pengunjung mendapatkan maklumat tambahan berkaitan Sumbangan Islam dalam Tamadun Dunia, Sirah Rasulullah SAW dan persoalan-persoalan asas agama Islam.

Pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat tambahan melalui iPad yang disediakan selain informasi tertera di sekitar ruang pameran.

Ruang pameran di dalam muzium masjid ini juga disediakan kepada pengunjung untuk mempelajari masa silam agar dijadikan sebagai pelajaran berguna dalam membangunkan nilai kemanusiaan dan intelektual pada masa akan datang.

Aktiviti seperti kelas membaca al-Quran dan Fardu Ain untuk orang ramai turut diadakan di Muzium Masjid Sultan Abdullah ini.

Muzium Sultan Abu Bakar Berkonsepkan muzium dalam taman, Muzium Sultan Abu Bakar yang dulunya bangunan Istana Kota Beram mempunyai kisah sejarah yang unik dan tersendiri.

Terletak bersebelahan dengan Muzium Masjid Sultan Abdullah, muzium ini bermula sebagai satu struktur binaan banglo kayu bersaiz sederhana pada 1888, ia ditambah baik dengan binaan bata menjadi tempat tinggal rasmi Residen British sekitar 1929. Bangunan ini pernah dijadikan markas pentadbiran tentera Jepun pada era Perang Dunia Kedua (1942-1945).

Pada 1948, bangunan bersejarah ini dengan rasminya ditukarkan fungsinya menjadi istana diraja dengan nama Istana Kota Beram.

Istana ini sekali lagi mengalami perubahan dari aspek kegunaan fungsi ruangnya apabila pada 1976, ia dijadikan sebagai Muzium Sultan Abu Bakar yang kekal berfungsi hingga kini.

Turut mengetengahkan konsep ‘The Intelektual Garden’, muzium ini lebih terbuka dari segi penggunaan ruang dan mempunyai interaksi yang sangat baik dengan masyarakat.

Muzium Sultan Abu Bakar mempunyai galeri yang memaparkan pelbagai artifak sejarah Kesultanan Melayu Pahang, seramik, arkeologi, Islam dan kesenian.

Selain menyerlahkan lagi koleksi muzium dan ruang pameran, taman muzium ini juga boleh menjadi ruang aktiviti terbuka dan persembahan serta ruang rehat pengunjung.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Februari 2017 @ 10:19 AM