AFP

Burnley: Chelsea mungkin memiliki kelebihan sembilan mata di puncak Liga Perdana tetapi pengurus Antonio Conte (gambar) sudah cukup berpengalaman dan beliau sedar saingan untuk memburu kejuaraan masih lagi belum tamat.

Anak buah Conte akan berkunjung ke Burnley malam ini dan mereka berbekalkan semangat tinggi selepas berjaya mengalahkan Arsenal 3-1 hujung minggu lalu.

Blues menang 16 daripada 18 perlawanan liga sebelum ini dan muncul pasukan pilihan untuk bergelar juara Liga Perdana musim ini.

Tetapi Conte enggan terbawa-bawa dengan kenyataan itu kerana pengendali Chelsea terbabit sedar bahawa padah pasti menanti jika mereka tercicir mata.

“Anda perlu hidup dengan tekanan ini hingga musim ini berakhir nanti,” kata Conte.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 5:53 AM