DATUK Adam Rosly hadir ke Ibu Pejabat SPRM. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
DATUK Adam Rosly hadir ke Ibu Pejabat SPRM. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Mohd Husni Mohd Noor


Putrajaya: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Datuk Adam Rosly Abdullah, 29, hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, hari ini.

Adam yang ditemui sejurus selesai memberi keterangan kepada SPRM berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada SPRM kerana melakukan siasatan secara telus dan profesional.

Menurutnya, siasatan itu membabitkan pelbagai perkara termasuk punca pendapatannya.

"Saya bersedia bekerjasama dengan SPRM jika wujud keperluan untuk berbuat demikian selepas ini," katanya.

Adam Rosly tiba di ibu pejabat SPRM di sini, pada 8.15 pagi, dengan menaiki Toyota Vellfire hitam.

Sebelum ini, Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datuk Ismail Kijo membuat laporan kepada SPRM dan menggesa siasatan dilakukan terhadap Adam berhubung kekayaan luar biasa dimiliki Ketua Angkatan Muda Keadilan itu pada usia muda.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Februari 2017 @ 2:57 PM