AKSI United ketika menentang  Leicester kelmarin.
AKSI United ketika menentang Leicester kelmarin.
AFP

Leicester, England: Jose Mourinho menyindir bekas kelabnya Chelsea apabila bos Manchester United itu mendakwa pendahulu Liga Perdana Inggeris itu kekurangan gaya.

Pasukan Mourinho menang 3-0 ke atas Leicester kelmarin dan beliau pantas membandingkan perbezaan antara persembahan dominan United dan apa yang dilihatnya sebagai persembahan membosankan anak buah Antonio Conte.

Kecewa dengan kritikan terhadap pendekatan berhati-hati pasukannya ketika beliau mengendalikan Chelsea, Mourinho menjelaskan beliau tidak terpikat langsung dengan corak permainan Blues, kini sembilan mata di depan, namun memuji persembahan Tottenham dan Liverpool yang bagaimanapun mengamalkan pendekatan selamat.

“Pasukan saya bermain dengan amat bagus tapi bertahun-tahun dalam karier saya terutama di negara ini, apabila pasukan saya bermain secara bertahan saya mendengar saban minggu orang berkata ia tidak mencukupi, sekalipun tiga kali menang kejuaraan,” ujar Mourinho.

“Musim ini kelihatannya kuat di benteng dan bagus secara serangan balas satu seni. Itulah perubahan besar di England.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Februari 2017 @ 7:22 AM