Penduduk mengharungi banjir di hadapan rumah mereka akibat limpahan Sungai Kelantan yang meningkat berdekatan Dataran Purnama di Kampung Laut, Tumpat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Penduduk mengharungi banjir di hadapan rumah mereka akibat limpahan Sungai Kelantan yang meningkat berdekatan Dataran Purnama di Kampung Laut, Tumpat. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Muhamaad Razis Ismail


Kota Bharu: Jumlah mangsa banjir ditempatkan pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan menurun kepada 973 orang jam 6 petang berbanding 1,019 orang jam 3 petang tadi.

Menurut portal eBanjir Kelantan semua mangsa banjir membabitkan 260 keluarga ditempatkan di 14 PPS.

Daerah Jeli merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 642 orang membabitkan 181 keluarga yang ditempatkan di tiga PPS.

Selain itu, daerah Kuala Krai mencatatkan seramai 213 mangsa, Gua Musang (78), Pasir Puteh (25) dan Tanah Merah (15)

Sementara itu, tiga sungai utama masih melepasi paras bahaya iaitu Sungai Galas di Dabong (38.22 meter) Sungai Kelantan masing-masing di Tangga Krai (25.51 ) dan di Jambatan Guillemard (16.06 m) serta Sungai Golok di Rantau Panjang (9.49 m).

Lima laluan masih ditutup kepada kenderaan iaitu masing-masing tiga di Kuala Krai (Jalan Jirat, Jalan Batu Lada, Jalan Bukit Sireh), satu di Gua Musang (Jalan Gua Musang-Jelawang-Dabong) dan satu lagi di Pasir Mas (Jalan Pengkalan Kubor-Jeram Perdah).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 6:52 PM