Anggota bomba membawa naik mayat Zulkifli yang ditemui jam 1.58 petang tadi. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba membawa naik mayat Zulkifli yang ditemui jam 1.58 petang tadi. FOTO ihsan bomba
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Mayat Zulkifli Basir, 38, ditemui hanyut di Sungai Selangor pada jarak dua kilometer dari tempat dia dilaporkan jatuh semalam.

Mayat ditemui jam 1.58 petang tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) disertai bomba, polis serta Angkatan Pertahanan Malaysia (APM).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Mayat diserahkan kepada polis dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB)," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi semalam, mangsa terjatuh daripada bot dinaiki bersama seorang rakan ketika menjala ikan di sungai berkenaan.

Bagaimanapun, rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan berpaut pada dahan pokok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 27 January 2017 @ 3:33 PM