FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
BERNAMA

Ipoh: Seorang pelajar lelaki tingkatan lima, maut dipercayai terjatuh dari bumbung sebuah pusat beli-belah yang terletak berhadapan sekolahnya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari itu, mangsa berpakaian sekolah, terjatuh bersama beg sekolahnya.

"Mangsa dipercayai keluar dari rumah untuk ke sekolah tetapi pergi ke pusat beli-belah dan naik ke bahagian bumbung," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata siasatan terhadap mangsa mendapati tiada kesan lebam pada tangan atau badan selain tiada saksi melihat kejadian.

"Siasatan melalui pihak sekolah tidak memperoleh sebarang maklumat. Ibu dan bapa mangsa sudah berpisah namun masih berhubung dan mereka mengatakan mangsa tiada masalah," katanya.

Sum berkata, polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) daripada pusat beli belah itu untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2017 @ 9:20 PM