AJAI, Misha dan Hafiz di tempat kedua dengan lagu Terimaku Seadanya.
AJAI, Misha dan Hafiz di tempat kedua dengan lagu Terimaku Seadanya.
PROJECTOR Band tak sangka lagu mereka turut mendapat tempat.
PROJECTOR Band tak sangka lagu mereka turut mendapat tempat.
KEHEBATAN vokal Dayang cukup memukau.
KEHEBATAN vokal Dayang cukup memukau.
Ridzuan Abdul Rahman


Lagu Lelaki Teragung nya­nyian Dayang Nurfaizah menepati ramalan apabila muncul juara Anugerah Juara Lagu 31 (AJL31) yang berlangsung di Pusat Daga­ngan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam kelmarin.

Ternyata kombinasi Natasyah Annes Ahmad sebagai pencipta, penulis lirik Iman Imran dan vokal hebat Dayang membawa impak tersendiri sehingga berjaya meletakkan lagu ini di puncak kejayaan.

Apa yang pasti, Natasyah mencetus sejarah tersendiri kerana Lelaki Teragung adalah lagu pertama ciptaannya yang terus diangkat sebagai juara AJL31.

Malah, tiada siapa mengenali Natasyah sebelum ini.

Natasyah yang juga isteri kepada penyanyi 6ixth Sense iaitu Adi Priyo ini mengakui pencapaian itu cukup membanggakan kerana ini lagu pertama yang diciptanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 January 2017 @ 5:24 AM