DAYANG  meminta nasihat Genervie Kam yang bakal mengiringi persembahannya.
DAYANG meminta nasihat Genervie Kam yang bakal mengiringi persembahannya.
ANTARA tulang belakang penerbitan TV3 khususnya AJL.
ANTARA tulang belakang penerbitan TV3 khususnya AJL.
SYAMSUL (kiri) berbincang sesuatu dengan Mawi (berkaca mata).
SYAMSUL (kiri) berbincang sesuatu dengan Mawi (berkaca mata).

Degupan Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31) semakin memuncak.

Kelmarin, Papa sempat menyelinap masuk ke Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk mengintai gelagat dan persiapan artis serta karyawan muzik dalam menuju malam final, esok.

Nampaknya semua begitu gigih berlatih dan antara yang paling sibuk tentunya Pengarah Muzik AJL31 serta pemimpin orkestra, Datuk Ramli MS. Papa pun perhatikan artis terbabit begitu serius berbincang sambil memperbetulkan corak persembahan masing-masing antaranya Mawi, Sufian Suhaimi, Aiman Tino, Dayang Nurfaizah dan Syamsul Yusof.

Tentunya peminat sendiri tidak sabar menunggu siapa yang bakal memberikan persembahan terbaik dan lagu mana yang akan menjadi juara. Ini antara yang sempat Papa rakamkan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 21 January 2017 @ 5:04 AM