Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kota Samarahan: Bomba dipanggil selepas buaya sepanjang dua meter melintas jalan berhampiran Apartmen Reflesia UNIMAS di Jalan Dato Mohd Musa, di sini, malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada 10.26 malam mengenai penemuan reptilia itu.

Menurutnya, pengguna jalan raya terkejut melihat buaya keluar dari kawasan semak dan melintas jalan berkenaan.

"Namun sebaik tiba, pasukan bomba mendapati buaya berkenaan sudah tiada di kawasan berkenaan dipercayai sudah masuk ke dalam parit berhampiran.

"Bomba sudah memaklumkan kejadian kepada pihak Perbadanan Hutan Sarawak mengenai haiwan berkenaan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 January 2017 @ 9:41 AM