Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail

Siburan: Pemilik rumah di Kampung Masa'an, di sini, terkejut apabila seekor anak buaya berada di dapur rumahnya, semalam.

Kehadiran reptilia berukuran kira-kira satu meter itu disedari pada 8 malam.

Jurucakap bomba berkata, Balai Bomba dan Penyelamat Siburan menerima panggilan kecemasan pada 8.26 malam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi mendapati seekor anak buaya berada di dapur rumah.

"Bomba menangkap reptilia itu menggunakan penjerut, kemudian mengikatnya.

"Anak buaya itu dipercayai tersesat dari sungai berhampiran rumah," katanya.

Katanya, operasi tamat pada 8.50 malam dan reptilia itu diserahkan kepada Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 Oktober 2016 @ 5:41 PM