HANNA Aqeela. FOTO Mahzir Mat Isa
HANNA Aqeela. FOTO Mahzir Mat Isa
Ardini Sophia Sina


Sekali imbas, orang akan mengatakan pelakon Hanna Aqeela, 27, sombong kerana berwajah serius tetapi hakikat sebenar, orangnya peramah.

Hanna atau Hanna Aqeela Mohd Rosni bimbang jika umum menilai sifat sebenarnya berdasarkan luaran.

Dia bimbang ada yang terus melabelnya riak dan berlagak diva hanya kerana kerjayanya yang semakin baik.

Katanya, dia tahu kalau tidak senyum orang akan nampak dirinya sombong dan mungkin ada yang kenal tetapi takut menegur kerana melihat mukanya yang garang.

“Sebenarnya saya tidak ada masalah kalau ada peminat tegur. Saya akan layan dengan baik. Pernah ada yang tegur. Mereka terlebih dulu bertanya dan minta kepastian sama ada saya pelakon yang mereka nampak di televisyen ataupun bukan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2017 @ 5:05 AM