Seramai 34 individu berusia 21 hingga 56 tahun dalam operasi cegah perjudian di seluruh Johor petang semalam.
Seramai 34 individu berusia 21 hingga 56 tahun dalam operasi cegah perjudian di seluruh Johor petang semalam.
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Johor menahan 34 individu berusia 21 hingga 56 tahun dalam operasi cegah perjudian di seluruh negeri petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, operasi bermula jam 3 petang mensasarkan kegiatan perjudian haram.

"Sebanyak 34 serbuan dilakukan dalam serbuan empat jam itu dengan menahan 34 individu termasuk seorang lelaki asing warga Indonesia serta lima wanita.

"Polis turut merampas 29 unit telefon, 28 unit mesin pencetak dan wang tunai bernilai RM1,997," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, antara lokasi sasaran membabitkan Batu Pahat, Sri Gading, Pontian, Seri Alam, Kulai, Larkin, Taman Pelangi, Permas Jaya, Iskandar Puteri dan Tangkak.

Selain itu beberapa daerah lain turut menjadi sasaran seperti Segamat, Muar dan Kota Tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 January 2017 @ 11:05 AM