LOUJAIN
LOUJAIN

Riyadh: Dua wanita Arab Saudi yang ditahan hampir sebulan lalu selepas melanggar larangan memandu dirujuk kepada mahkamah yang ditubuhkan untuk menangani keganasan.

Perkara itu didedahkan beberapa orang yang mempunyai hubungan rapat dengan dua wanita terbabit.

Aktivis menyelar perbuatan itu kerana ini kali pertama pemandu wanita dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Khas di Riyadh, malah penahanan mereka juga yang paling lama membabitkan pesalah seumpama itu dalam sejarah Arab Saudi.

Empat orang yang mempunyai hubungan rapat dengan wanita terbabit-Loujain al-Hathloul, 25, dan Maysa al-Amoudi, 33,-berkata, mereka tidak didakwa kerana melanggar larangan memandu, sebaliknya bagi pandangan yang disuarakan di Internet.

Mereka bagaimanapun enggan mengulas lanjut tuduhan khusus dikenakan dan semuanya tidak mahu dinamakan kerana bimbang diambil tindakan.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Disember 2014 @ 5:07 AM