MAYAT mangsa dituntut di Jabatan Forensik HRPB selepas selesai dibedah siasat. FOTO Muhammad Apendy Issahak
MAYAT mangsa dituntut di Jabatan Forensik HRPB selepas selesai dibedah siasat. FOTO Muhammad Apendy Issahak
Muhammad Apendy Issahak


Ipoh: Seorang wanita ditemui mati dalam tasik di Bandar Seri Botani, di sini pagi tadi dengan kesan luka di leher.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu mangsa dikatakan berjoging berhampiran tasik berkenaan sebelum dipercayai tergelincir dan terjatuh di ke dalam tasik.

Menurut sumber, mangsa ke tebing tasik itu untuk melepaskan seekor kura-kura yang ditemuinya ketika sedang berjoging sebelum tergelincir.

"Mangsa Chin Ah Looi, 57, dipercayai terjatuh dalam keadaan kepala terjunam dalam air dan kaki ke atas sebelum tertusuk kayu yang terpacak dalam tasik berkenaan di bahagian lehernya.

"Kejadian itu disedari Polis Bantuan yang berkawal berhampiran kawasan rekreasi terbabit sebelum memaklumkan kepada pihak polis," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa yang juga isteri kepada bekas Majistret Mahkamah Ipoh kemudian dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 28 Disember 2016 @ 4:42 PM