MAJESTIC Design Pearl menghasilkan kemasan halus pada dinding dengan kesan seakan-akan permukaan mutiara.
MAJESTIC Design Pearl menghasilkan kemasan halus pada dinding dengan kesan seakan-akan permukaan mutiara.
KEMASAN Majestic Design Prestige melahirkan suasana indah matahari terbenam pada ruang kediaman.
KEMASAN Majestic Design Prestige melahirkan suasana indah matahari terbenam pada ruang kediaman.
CAT hiasan dalaman Majestic Design Pearl diinspirasi daripada ketenangan kabus pagi.
CAT hiasan dalaman Majestic Design Pearl diinspirasi daripada ketenangan kabus pagi.
MAJECTIC Design Diamond menjadikan ruang kelihatan lebih glamor dengan kesan seakan-akan kilauan berlian.
MAJECTIC Design Diamond menjadikan ruang kelihatan lebih glamor dengan kesan seakan-akan kilauan berlian.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Pemilik rumah moden sering meneroka gaya baru bagi menonjolkan keistimewaan dan ruang kediaman mereka.

Tidak ketinggalan warna dan jenis cat yang biasanya berbeza mengikut ruang, gaya dan jenis kediaman.

Sempena pelancaran Trend Warna Global 2017 awal minggu ini, Jotun Paint (Malaysia) Sdn Bhd memperkenalkan produk terbaru yang menawarkan kelainan.

Rangkaian cat kemasan diberi nama Majestic Design adalah cat rekaan dalaman premium dicipta khas untuk mengindahkan ruang kediaman mengikut gaya pemilik.

Penggunaan Majestic Design turut membantu pemilik rumah mencipta memori serta membawa perbezaan personaliti ke dalam ruang kediaman mereka.

Pengurus Warna Global Jotun Lisbeth Larsen berkata, sifat impresionis dimiliki setiap individu menyebabkan pemilihan warna berbeza mengikut peribadi seseorang.

“Di Jotun, kami percaya setiap orang memiliki sifat impresionis dan pemilihan warna dan corak adalah sesuatu yang peribadi.

“Jotun Majestic Design mampu membawa inspirasi keindahan dunia untuk menggemilangkan ruang kediaman serta mengubah suasana dalaman rumah dengan mencerminkan gaya peribadi tersendiri,” katanya.

Diilhamkan daripada keindahan alam semula jadi, Majestic Design tercipta daripada tiga pemandangan terindah di dunia iaitu ketenangan kabus pagi, suasana matahari terbenam dan keindahan langit malam.

1. Majestic Design Pearl

Cat reka bentuk hiasan dalaman separa legap (tidak ditembusi cahaya) premium ini menghasilkan dinding dengan kemasan halus seakan kilauan mutiara.

Gaya kemasan yang diilhamkan daripada ketenangan kabus pada waktu pagi ini turut menawarkan pelbagai tona warna untuk dipilih mengikut kesesuaian individu.

2. Majestic Design Prestige

Kemasan dinding separa legap premium mewujudkan suasana dan pemandangan kilauan eksklusif seperti permukaan logam.

Menampilkan pelbagai warna keemasan, cat hiasan dalaman yang tampak mewah ini pasti menukar ruang kediaman kepada panorama indah matahari terbenam dengan awan menenangkan.

3. Majestic Design Diamond

Bagi yang gemarkan cahaya kilauan berlian dan ruang kediaman glamor, cat hiasan dalaman dengan tekstur premium ini menawarkan kesan kilauan berlian bagi menambah keserian segera pada dinding.

Kemasan istimewa bertekstur ini mewujudkan suasana dalam ruang kediaman seperti cerita dongeng dengan jutaan permata dan bintang menyinari langit malam.

Rangkaian cat reka bentuk hiasan dalaman Majestic Design diuji dan terbukti mempunyai bau minimum semasa dan selepas digunakan.

Lebih menarik, ia dirumuskan tanpa bahan kimia berbahaya dan pelepasan gas seperti APEO, formaldehid dan logam berat.

Selain itu, Majestic Design turut menggabungkan teknologi ‘TrueColour’ Jotun yang eksklusif dengan formulasi unik serta bahan berkualiti bagi memastikan warna tepat, konsisten dan tahan lama.

Semua tiga jenis inspirasi berkenaan mudah ditafsir dan diluahkan pada dinding dengan mencipta rekaan sendiri melalui konsep ‘DIY-friendly’ Jotun.

Cara aplikasi ringkas disediakan pakar Jotun menjadikan Majestic Design terbukti mampu digunakan sendiri pemilik rumah seperti tukang cat profesional.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 5:01 AM