1. BAHAN diperlukan.
1. BAHAN diperlukan.
2. MEGAWATI mencampurkan tepung, susu tepung penuh krim, garam, mentega tanpa garam, air sejuk dan telur kuning dalam pembancuh.
2. MEGAWATI mencampurkan tepung, susu tepung penuh krim, garam, mentega tanpa garam, air sejuk dan telur kuning dalam pembancuh.
3. BUAT doh bebola, balut dengan plastik pembungkus dan sejukkan selama 30 minit. Keluarkan dari peti sejuk dan tekan pada bekas tart. Letak tepi untuk kegunaan seterusnya.
3. BUAT doh bebola, balut dengan plastik pembungkus dan sejukkan selama 30 minit. Keluarkan dari peti sejuk dan tekan pada bekas tart. Letak tepi untuk kegunaan seterusnya.
4. PANASKAN ketuhar kepada 165 darjah Celsius. Cairkan mentega tanpa garam dalam kuali dan tumis bawang putih, bawang, tuna, tomato, cendawan dan oregano selama kira-kira lima minit atau sehingga masak, terus kacau angkat dari dapur.

5. DALAM mangkuk, kacau sebati krim masakan, telur, garam dan lada, keju cheddar serta keju mozzarela.
5. DALAM mangkuk, kacau sebati krim masakan, telur, garam dan lada, keju cheddar serta keju mozzarela.
6. MASUKKAN inti tuna dan cendawan ke dalam bekas kerak yang sudah disediakan dan masukkan bahan yang sudah ditumis.
6. MASUKKAN inti tuna dan cendawan ke dalam bekas kerak yang sudah disediakan dan masukkan bahan yang sudah ditumis.
7. BAKAR tart selama 20 minit sehingga ia kelihatan perang keemasan. Pastikan quiche dipotong ketika suhu bilik bagi mengelak ia pecah.
7. BAKAR tart selama 20 minit sehingga ia kelihatan perang keemasan. Pastikan quiche dipotong ketika suhu bilik bagi mengelak ia pecah.
myMetro

Makanan sihat tidak semestinya kelihatan hambar, sebaliknya ia boleh dihidangkan dalam cara yang menarik serta menyelerakan, terutama apabila ingin menjamu kanak-kanak.

Kanak-kanak sememangnya gemar kepada dekorasi menarik dan rasa yang lazat, tanpa mengambil tahu jika ia makanan sihat ataupun tidak.

Di sini terletaknya tanggungjawab ibu menyediakan hidangan sihat yang menyelerakan dan menarik supaya anak mereka dapat menikmati makanan berkhasiat setiap kali tiba masa makan.

Melalui ilmu masakan daripada buku, bahan bacaan lain mahupun Internet, ibu mampu menyediakan makanan seimbang biarpun jika anak mereka mahukan snek dengan mencipta resipi unik tetapi menyelerakan.

Kali ini Pengarah Pembangunan Produk Baru Saintifik dan Hal Ehwal Kawal Selia Fonterra Brands Malaysia Megawati Suzari, sudi menunjukkan langkah demi langkah cara penyediaan hidangan quiche tuna dan cendawan.

Resipi berkenaan tidak semestinya diikuti 100 peratus tetapi boleh dipelbagaikan mengikut cita rasa anak.

“Apabila semua bahan dikacau sebati menggunakan mesin pengacau, kelajuan yang perlu digunakan yang paling perlahan.

“Bagi ibu yang sibuk, resipi ini juga boleh dibuat awal dan kemudian disejuk beku sebelum dipanaskan semula untuk dinikmati,” katanya. Ikuti resipi mudah yang menyelerakan ini.

Resipi quiche tuna dan cendawan

Bahan kerak:

• 400 gram tepung serba guna

• 50 gram susu tepung penuh krim

• Secubit garam

• 200 gram mentega tanpa garam (dilembutkan)

• 2 biji kuning telur (gred A)

• 50ml air sejuk

• 25 keping bekas tart

Bahan inti:

• 80 gram mentega tanpa garam

• 1 sudu besar bawang putih

• 2 bawang kuning, dicencang

• 200 gram tuna, ditos airnya

• 2 tomato masak, dihiris

• 200 gram cendawan, dihiris

• 20 gram oregano kering

• 200ml krim masakan

• 8 telur saiz A, dipukul

• Garam dan lada hitam, secukup rasa

• 220 gram keju mozarela, diparut

• 80 gram keju cheddar, diparut

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 November 2016 @ 11:37 AM