1. SEDIAKAN bahan yang diperlukan.
1. SEDIAKAN bahan yang diperlukan.
2. DIDIHKAN bahan B hingga cair. Kemudian tuang ke dalam mangkuk dan biarkan seketika
2. DIDIHKAN bahan B hingga cair. Kemudian tuang ke dalam mangkuk dan biarkan seketika
3. MASAK krim dan susu.
3. MASAK krim dan susu.
4. MASUKKAN campuran panna cotta, coklat, serbuk koko, gelatin dan kacau rata.
4. MASUKKAN campuran panna cotta, coklat, serbuk koko, gelatin dan kacau rata.
5. TUANG adunan panna cotta ke dalam mangkuk yang berisi karamel gula.
5. TUANG adunan panna cotta ke dalam mangkuk yang berisi karamel gula.
6. CAIRKAN mentega.
6. CAIRKAN mentega.
7. MASUKKAN gula dan biarkan hingga cair. Kemudian tuang krim, garam dan kacau rata ketika menuang glukosa. Selepas itu, tuang sos karamel bergaram ke atas panna cotta sebagai penyedap rasa.
7. MASUKKAN gula dan biarkan hingga cair. Kemudian tuang krim, garam dan kacau rata ketika menuang glukosa. Selepas itu, tuang sos karamel bergaram ke atas panna cotta sebagai penyedap rasa.
8. PANNA cotta coklat enak dimakan ketika sejuk.
8. PANNA cotta coklat enak dimakan ketika sejuk.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi


Mungkin ada yang menganggap penyediaan sajian pemanis mulut seperti puding dan agar-agar untuk tetamu yang berkunjung ke rumah sedikit leceh serta merumitkan.

Tidak hairanlah jika ramai yang lebih selesa memberi buah-buahan atau aiskrim kepada tetamu kerana ia lebih ring­kas, mudah dan cepat disediakan.

Jika mahukan kelainan, tidak salah menjamu tetamu istimewa dengan hidangan pencuci mulut yang menarik dan menyegarkan.

Resipi panna cotta coklat antara pilihan yang menarik untuk dicuba. Selain sedap dimakan, ia juga mudah disediakan untuk dijamu tetamu ataupun seisi keluarga.

Pemanis mulut ini sejenis manisan dari Itali yang sangat lembut dan mempunyai rasa seperti kek keju, karamel atau puding.

Terpulang kepada kreativiti dan selera masing-masing kerana manisan ini mudah dipelbagaikan. Sekiranya mahu lebih cantik, hidangkan ia di dalam cawan kecil atau gelas tinggi dan hiaskan dengan kepingan hirisan coklat beku atau buah-buahan kesukaan.

Bagi anda yang mahu mencuba menyediakan pencuci mulut seperti yang boleh dinikmati di restoran ataupun hotel, ikuti langkah yang ditunjukkan Cef Sous Hotel Maya Kuala Lumpur, Mohamad Shahril Bidik.

Bahan A

- 500 mililiter susu

- 500 mililiter krim

- 200 gram campuran ­ panna cotta

- 20 gram coklat

- 10 gram serbuk koko

- 10 gram gelatin

Bahan B (karamel gula)

- 100 gram gula

- 100 mililiter air

Bahan C (sos karamel bergaram)

- 50 gram gula

- 20 gram mentega

- 270 mililiter krim

- 4 gram garam

- 25 gram glukosa

Cara penyediaannya

1. Didihkan bahan B hingga cair. Kemudian tuang ke dalam mangkuk dan biarkan seketika.

2. Bagi bahan A, didihkan krim dan susu. Selepas itu, tambah dengan campuran panna cotta, coklat, serbuk koko, gelatin dan kacau rata.

3. Tuang campuran bahan A ke dalam mangkuk yang mengandungi bahan B dan masukkan ke dalam peti sejuk.

4. Untuk membuat sos karamel bergaram, cairkan mentega dan masukkan gula sehingga ia cair.

5. Tuang krim, garam dan kacau rata ketika menuang glukosa.

6. Tuang sos karamel bergaram ke atas panna cotta sebagai penyedap rasa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 12:34 PM