1. SEDIAKAN semua bahan yang diperlukan.
1. SEDIAKAN semua bahan yang diperlukan.
2. PUTAR mentega dan gula ising hingga berkrim. Pastikan tekstur adunan tidak terlalu kembang.
2. PUTAR mentega dan gula ising hingga berkrim. Pastikan tekstur adunan tidak terlalu kembang.
3. MASUKKAN minyak mentega, susu tepung, serbuk badam dan keju parmesan. Gaul hingga sebati.
3. MASUKKAN minyak mentega, susu tepung, serbuk badam dan keju parmesan. Gaul hingga sebati.
4. TUANG sedikit demi sedikit tepung gandum dan gaul rata. Kemudian, susun adunan ke dalam dulang pembakar dan taburkan badam serta keju parut di atasnya. Bakar dengan suhu 160 hingga 170 darjah Celsius sehingga warna bertukar keemasan atau 15 ke 20 minit.

5. BISKUT butterlicious cheezy almond sedia dihidangkan kepada tetamu.
5. BISKUT butterlicious cheezy almond sedia dihidangkan kepada tetamu.
Oleh Hajahfarhana Tarmudi

Masih belum terlambat untuk mengadakan majlis rumah terbuka ataupun menziarahi sahabat handai yang sudah lama tidak bertemu. Namun, jangan dilupa untuk menyediakan biskut raya yang enak ketika menerima tetamu jemputan.

Jika biskut raya hampir habis, tidak salah untuk menghasilkan sendiri resipi mudah yang dikongsi pengusaha YMY Chocolicious & Crafts Yusnisah Mohd Yusar.

Yusnisah berkongsi resipi dan langkah mudah menyediakan biskut butterlicious cheezy almond yang pasti membuatkan tetamu berpuas hati dengan rasa enak air tangan anda sendiri.

Bagi menghasilkan biskut yang enak dan cukup rasa, gunakan mentega tanpa garam kerana rasa masin sudah diperoleh daripada keju parmesan dan cheddar yang digunakan di dalam adunan.

“Jika mahu menggunakan kacang badam, sebaiknya panggang terlebih dulu hingga ia bertukar warna kekuningan bagi menaikkan aroma dan rasa badam.

“Serbuk badam boleh dimasak secara sangai (goreng tanpa minyak) atau dipanggang menggunakan ketuhar gelombang mikro,” katanya.

Ujarnya, ketika memukul mentega dan gula, gunakan kelajuan sederhana dalam tempoh kira-kira satu minit. Elakkan memukul adunan hingga menjadi terlalu kembang bagi memastikan biskut yang dihasilkan gebu dan rangup.

Sebelum membakar adunan, panaskan ketuhar gelombang mikro sekurang-kurangnya lima minit lebih awal bagi memastikan biskut yang dibakar masak sekata.

Selepas adunan siap dimasak, sejukkan biskut kira-kira 30 minit di atas loyang sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Biskut yang disimpan di dalam bekas kedap udara mampu bertahan hingga tiga bulan jika cara penyimpanannya dilakukan dengan betul. Bagi anda yang mahu mencuba resipi mudah ini, ikuti langkah demi langkah yang ditunjukkan oleh Yusnisah. Selamat mencuba.

BAHAN-BAHANNYA

- 250 gram mentega

- 90 gram gula aising

- 1 sudu teh minyak mentega

- 50 gram susu tepung

- 50 gram serbuk badam

- 50 gram keju parmesan

- 200 gram tepung gandum

BAHAN HIASAN:

- Badam cincang

- Keju cheddar parut

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Ogos 2015 @ 12:15 PM