Siti Nadirah Hafidzin


SABAN hari gaya solekan kian pantas berubah mengikut pengaruh trend semasa. Sekalipun masing-masing mempunyai stail dan pendapat berbeza, kaedah bersolek terkini tetap menjadi rujukan untuk tampil menarik pada majlis keraian, pejabat ataupun bersantai.

Tidak kira sama ada menggunakan produk antarabangsa mahupun tempatan, kualiti solekan sebenarnya banyak bergantung kepada teknik dan kebolehan merias wajah.

Namun dalam ketaasuban berhias dan bersolek, masih ramai wanita yang selesa bersolek ringkas iaitu sapuan bedak asas diikuti dengan bedak tabur, sedikit pemerah pipi, garisan celak mata dan olesan gincu.

Walaupun ringkas hasilnya tetap manis dipandang apatah lagi untuk menghadiri kelas atau ke pejabat.

Menurut jurusolek Intan Syafina Ahmad Tarmizi, antara jenis solekan selamat yang boleh menyerlahkan kejelitaan wanita adalah solekan sederhana yang menghasilkan impak lembut.

HANIS bersama dua anaknya.
HANIS bersama dua anaknya.

“Langkah solekan ini terlalu mudah dan boleh diikuti sesiapa saja, dengan menggunakan alat solekan asas yang dimiliki hampir setiap wanita, hasilnya tetap manis dan semula jadi.

“Kini ramai wanita yang bersolek keterlaluan. Walaupun ia hak masing-masing, ada ketikanya solekan keterlaluan itu tidak sesuai untuk sesetengah acara apatah lagi untuk menghadiri kelas di institusi pengajian tinggi atau ke pejabat,” katanya.

Intan Syafina berkata, mulakan solekan dengan semburan pelembap wajah atau krim pelembap biasa namun ia adalah langkah pilihan.

“Sekiranya anda tidak mempunyai krim pelembap boleh terus gunakan bedak asas diikuti bedak padat dengan sekata, kemudian sapukan sedikit pembayang mata, celak dan kemaskan bulu mata menggunakan maskara.

“Sapukan pemerah pipi dulu bagi mendapatkan kesan yang lebih menyerlah dan diakhiri dengan olesan gincu,” ujarnya.

GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.

SESI persekolahan di rumah
SESI persekolahan di rumah

Menurutnya, pemilihan rona gincu juga memainkan peranan besar dalam hasil keseluruhan solekan. Gincu berwarna lembut lebih sesuai untuk menghasilkan jenis solekan ini.

“Paling utama pemilihan rona kerana ia memberikan kesan yang berbeza. Penggunaan rona terang dan menyerlah memberikan hasil yang lebih ‘wow’ berbanding penggunaan rona lembut namun jika anda mahukan impak yang semula jadi dan ringkas, gunakanlah rona tanah atau lembut.

“Solekan ini sesuai digayakan untuk banyak acara juga malah ia adalah pilihan tepat bagi gaya harian kerana ia tidak keterlaluan dan sedap mata memandang,” katanya.

Kata Intan Syafina, paling utama, kenali terlebih dulu rona wajah dan jenis karakter diri sebelum cuba mengenakan apa juga jenis solekan kerana sekiranya tersalah pilih penampilan keseluruhan kemungkinan kelihatan janggal.

Intan Syafina berkongsi langkah demi langkah melakukan solekan asas berimpak lembut.

d Azmin dan Mas Ermieyati menikmati makan tengah hari dengan anggota komuniti di Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah.
d Azmin dan Mas Ermieyati menikmati makan tengah hari dengan anggota komuniti di Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah.

TURUTAN SOLEKAN ASAS

1. Calit sedikit krim pelembap diikuti dengan bedak asas.

2. Gunakan bedak padat atau tabur dengan sekata.

3. Sapukan sedikit pembayang mata menggunakan rona tanah.

4. Kemaskan kening, calit sedikit celak mata dan maskara.

5. Tambah pemerah pipi bagi menyerlahkan seri wajah.

6. Oleh gincu menggunakan rona lembut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 September 2019 @ 5:30 AM
WAJAH Erdina Nur Najwa selepas di solek dari Noze Spa.
WAJAH Erdina Nur Najwa selepas di solek dari Noze Spa.