Shamsul Munir Safini


Balik Pulau: Wanita dan kanak-kanak lelaki yang ditemui lemas di Teluk Bahang petang semalam dikenal pasti sebagai ibu dan anak berdasarkan bedah siasat yang dijalankan malam tadi.

Mangsa wanita dianggarkan berusia 30 tahun dan mengandung 11 minggu manakala anak lelakinya dianggarkan berusia dua tahun.

Dalam kejadian jam 6 petang itu, polis menerima panggilan kecemasan daripada orang awan mengenai penemuan mayat seorang wanita dan kanak-kanak lelaki di pantai berhadapan dengan Tropical Spice Garden, Teluk Bahang.

Ketua Polis Barat Daya, Superintendan Anuar Omar berkata, pemeriksaan pada kedua-dua mayat mendapati mereka diikat dengan tali rafia pada bahagian perut.

Beliau berkata, polis juga menemui tiket bas pada mangsa dan mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Mac 2017 @ 2:42 PM