MAHREZ (kiri) turut terpilih untuk memenangi anugerah. FOTO Reuters
MAHREZ (kiri) turut terpilih untuk memenangi anugerah. FOTO Reuters
AFP

Paris: Wira Leicester City, Jamie Vardy dan Riyad Mahrez, dua bintang yang membantu kejayaan menakjubkan pasukan itu menjuarai Liga Perdana Inggeris musim lalu, dinamakan dalam senarai panjang 30 pemain bagi anugerah Ballon d’Or 2016.

Vardy, yang menikmati lonjakan mengagumkan dari bola sepak amatur untuk bersaing dengan nama besar dalam sukan itu, satu-satunya pemain Inggeris dicalonkan bagi anugerah berprestij anjuran majalah France Football, yang mengadakan majlis itu secara bersendirian selepas menamatkan kerjasama dengan FIFA.

Dua pemain Foxes itu antara lapan bintang Liga Perdana dalam senarai.

Pemain terbaik dunia tiga kali Cristiano Ronaldo dan pemenang tahun lalu Lionel Messi, yang menang lima kali semuanya, antara calon pilihan memenangi anugerah itu sekali lagi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 8:04 AM