PEKERJA JPS Manjung memantau paras air di Kampung Bagan Panchor. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
PEKERJA JPS Manjung memantau paras air di Kampung Bagan Panchor. FOTO Noor Hidayah Tanzizi
PENDUDUK  dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia meletakkan guni pasir sebagai benteng menghalang air melimpah. FOTO Noor Hidayah Tanziz
PENDUDUK dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia meletakkan guni pasir sebagai benteng menghalang air melimpah. FOTO Noor Hidayah Tanziz
Noor Hidayah Tanzizi


Manjung : Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis dekat sini yang berisiko dinaiki air berikutan fenomena air pasang besar berada dalam keadaan terkawal dan tiada penduduk dipindahkan, setakat 5 pagi tadi.

Kawasan perumahan penduduk tidak dinaiki air biarpun air pasang dan hujan lebat 12 tengah malam tadi disusuli hujan renyai sehingga awal pagi.

Namun, air mula surut pada 5 pagi.

Jurutera Daerah Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) Daerah Manjung, M Sasitharan berkata, paras laut mencatatkan 3.4 meter, 1.30 pagi tadi.

"Keadaan terkawal serta tiada limpahan air yang berlaku. Air juga tidak memasuki kawasan perumahan penduduk.

"Benteng guni berpasir yang diletakkan di lima kawasan yang berisiko di kampung ini turut membantu mengurangkan risiko dinaiki air," katanya ketika ditemui di sini.

Katanya, pihaknya sentiasa memantau keadaan dan dijangka air akan surut sebelum tengah hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 Oktober 2016 @ 9:44 AM