Wan Junaidi (tengah) merasmikan Simposium Saintifik Antarabangsa Gaharu Kali Kedua anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Wan Junaidi (tengah) merasmikan Simposium Saintifik Antarabangsa Gaharu Kali Kedua anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini. FOTO Ahmad Irham Mohd Noor
Nursyahirah Marzuki

Putrajaya: Aktiviti penguatkuasaan akan terus dilaksanakan membabitkan kerjasama pelbagai pihak bagi

membendung kegiatan curi kayu gaharu atau karas di hutan seluruh negara.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kerjasama

akan membabitkan Jabatan Perhutanan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia

(ATM) bagi melakukan rondaan di kawasan hutan.

"Kegiatan mencuri kayu gaharu biasanya dilakukan oleh warga asing yang bekerja di negara ini sebagai

buruh, dengan masuk ke hutan untuk mencuri kayu berharga itu.

"Kerjasama antara dua pihak ini dapat membantu mengurang kes kecurian kayu gaharu dan khazanah

hutan lain kerana mereka dapat membantu merancang strategi terkini bagi menjalankan operasi

bersepadu untuk membendung jenayah alam sekitar," katanya pada sidang media selepas merasmikan

Simposium Saintifik Antarabangsa Gaharu Kali Kedua anjuran Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari

ini.

Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM, Prof Datuk Dr Azmi Mohd Lila dan

Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Datuk Seri Dr Abd Rahman Abd Rahim.

Katanya, kayu gaharu menjadi sasaran kumpulan pencuri hasil hutan yang dipercayai diseludup ke negara

jiran berikutan mendapat permintaan tinggi menyebabkan kumpulan pencuri itu mampu mendapat

keuntungan lumayan.

"Kayu gaharu adalah spesis terancam yang dilindungi undang-undang dan mana-mana pihak perlu

mempunyai lesen jika ingin mengeksportnya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 Oktober 2016 @ 8:46 PM